Monday, September 17, 2007

seterusnya

kadang kadang pernah terfikir adakah hadir masa yang ditunggu atau barangkali ia tidak sekalipun datang membuat diri terawang memikir. namun masih menunggu, menanti malah yakin akan hadir harinya. benar apa yg didebatkan tentang rezeki. ia tidak dapat di tilik walhal kita diajar mencuba mendaki walau seatas mana ia duduki. kita juga tidak pernah terfikir masa datang kerana kita merasakan seolah olah segala yang ada sekarang sudah penuh. tetapi apabila datang sesuatu yang mencemburui, disaat itu segala kalau muncul tiada ertinya. apapun berlaku tidak salah merasai diri ini benar kerana disitulah yang menetukan kebahagiaan kita. dan yang tinggal biarlah ia tinggal, apa yang penting hidup seterusnya....

Thursday, July 26, 2007

egois

cengal sudah hati ini bak diktator. sudah menjadi lumrah alam setiap nyawa inginkan perbezaan yg membezakan pemikiran, perlakuan, riak diri sehampir menyingkir yg tidak setaraf. walhal perlakuan itu yg merupakan mata air yg merupakan punca hilangnya dahaga. perbezaan permikiran seolah olah menunjukkan aku yg mengetahui segala berbanding mereka, aku yg lebih arif daripada mereka, kamu yg tidak setanding adalah permulaan daripada sengketa. adakah patut apabila yg dibelakang dibiar tinggal walhal mereka didepan memecut meninggal. mendepankan mereka dibelakang adalah adil saksama. demikian juga sikap yg mula wujud keadaan ini memilih seteru yg dirasakan cocok. apa yg cuba dibuktikan?kuasa?egois?tidak salah menunjukkan egois itu kerana dijadikan sudah berbekal ego olehNya. tp adakah salah andai hidup tidak berpangkat pangkat, melayan semua bagai berdiri sebelah kaki.

Thursday, June 14, 2007

masih menunggu

yakin diri ini kau yang ditunggu,
menunggu jawaban mu,
adakah kau menuju penunggumu,
atau tujumu itu tidak berpenunggu,

bila masa berdetik deras,
bila ribut datang melanda,
bila angin tidak keruan,
bila hati bicara sendiri,

derita ini tiada penghujung...

kutunggu sabar dikala ini,
derita dulu bahagia nanti,
sadarkan engkau kehadiran ini,
masih menunggu disore hari

Wednesday, June 13, 2007

kau

sadarkan ku menantimu
harap kau datangi aku
hangat hawa leburi naluri
menari sudah hati ini

tiap detik memberi kenangan
tiada daya mengorak arus
kau datang bersenjata cinta
diacukan pada jentera amarah

kau yang ku nanti
kau yang ku puja
kau yang ku tuju
kau selayaknya

Tuesday, June 12, 2007

tiba

pulang sudah pasir putih
anggapkan sucinya sebuah kelahiran
hawa dingin melerai kesuaman hari

yang dicari dijumpai
yang dipinta diharapkan
yang dirindui diubati
yang derita bahagia

hela nafas mu bagai lepasnya pendosamu
menuntut kebebasan yang tak pasti
andai nyawa masih disini
disini jua lah kau tetap setia..

Wednesday, June 06, 2007

keliru

mencari kemana arah hidup ini.menunggu, tertanya,terfikir lagi keliru akan hadir nya masa depan.puas sudah diakali tetapi tewas sudah.sayup sayup suara azan memberi silau kesedaran.

Monday, May 09, 2005

peace.....

semua keturunan adam dan hawa diberi kecelikan akal yang luarbiasa sampai satu ketika mempermainkan hukumNya...apa yang mampu diperlakukan sebagai khalifah Allah memperbetulkan apa yang tidak diperbetulkan selain lantas menggeleng atau menggangguk.. keamanan yang dicari maut yang diterima sudah menjadi kelaziman dikala ini..pertempuran dan pertembungan diantara dua kuasa menyebabkan angin lintang yang boleh menerbangkan apa yang tidak sepatutnya diterbangkan..kepiluan,keresahan,kehilangan menyebabkan keamanan yang tidak pasti..merasa menyesal merasai nikmat hidup yang dibuai ketakutan akibat kerakusan tentera abraham,dan hanya menunggu burung ababil datang menjadi bumbung dari kebasahan yang membawa maut...hanya dengan kesatuan dapat membina kembali apa yang telah diruntuhkan..peace....;)