egois
cengal sudah hati ini bak diktator. sudah menjadi lumrah alam setiap nyawa inginkan perbezaan yg membezakan pemikiran, perlakuan, riak diri sehampir menyingkir yg tidak setaraf. walhal perlakuan itu yg merupakan mata air yg merupakan punca hilangnya dahaga. perbezaan permikiran seolah olah menunjukkan aku yg mengetahui segala berbanding mereka, aku yg lebih arif daripada mereka, kamu yg tidak setanding adalah permulaan daripada sengketa. adakah patut apabila yg dibelakang dibiar tinggal walhal mereka didepan memecut meninggal. mendepankan mereka dibelakang adalah adil saksama. demikian juga sikap yg mula wujud keadaan ini memilih seteru yg dirasakan cocok. apa yg cuba dibuktikan?kuasa?egois?tidak salah menunjukkan egois itu kerana dijadikan sudah berbekal ego olehNya. tp adakah salah andai hidup tidak berpangkat pangkat, melayan semua bagai berdiri sebelah kaki.